Tuesday, August 25, 2009

Jabatan dan Agensi kerajaan Malaysia




Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Jabatan dan Agensi kerajaan Malaysia :-

  1. Badan Pencegah Rasuah (BPR)
  2. Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
  3. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
  4. Bahagian Kabinet Perlembangan dan Perhubungan Antara Kerajaan
  5. Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang
  6. Bahagian Keselamatan Negara
  7. Bahagian Pengurusan Hartanah
  8. Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia
  9. Bahagian Penyelidikan
  10. Biro Bantuan Guaman
  11. Biro Pengaduan Awam
  12. Biro Tatanegara
  13. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  14. Istana Negara
  15. Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL)
  16. Institut Kefahaman Islam Malaysia
  17. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
  18. Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia - MINT
  19. Institut Tadbiran Awam Negara - INTAN
  20. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  21. Jabatan Audit Negara Malaysia
  22. Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Department of Islamic Development
  23. Jabatan Parlimen Malaysia
  24. Jabatan Peguam Negara
  25. Jabatan Perangkaan (JP) Department of Statistics
  26. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Public Service Department
  27. Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak
  28. Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
  29. Lembaga Penasihat
  30. Lembaga Tabung Haji
  31. Mahkamah Persekutuan
  32. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
  33. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  34. Majlis Tindakan Ekonomik Negara (MTEN) National Economic Action Council
  35. Masjid Negara
  36. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
  37. Pejabat Ketua Setiausaha Negara
  38. Pejabat Perdana Menteri
  39. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
  40. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
  41. Penasihat Sains
  42. Perbadanan Putrajaya
  43. Perbadanan Labuan
  44. Perbendaharaan Malaysia
  45. Perpustakaan Kuala Lumpur
  46. Suruhanjaya Perdagangan Komoditi
  47. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Public Services Commission
  48. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Education Service Commission
  49. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Election Commission
  50. Tribunal Perkhidmatan Awam
  51. Unit Khas Teknologi Tinggi (MIGHT)
  52. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  53. Unit Perancang Ekonomi (UPE)
  54. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
  55. Urusetia Persidangan Antarabangsa Dan Protokol
  56. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) / Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA)


Raja-Raja



Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertuan Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.


Wasiat Raja-raja Melayu

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .

7 wasiat :

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-gunung, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



Politik Malaysia

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Dewan Parlimen


Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ini memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.

Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, penngangkutan, dan hal-hal lain.



Rujukan :

Mengapa Pilih BN


3 Sebab Kukuh

1. Sistem perkongsian kuasa yang terbukti

Perpaduan dalam menghadapi kegentingan – inilah falsafah yang didokong oleh kami sejak Kemerdekaan dan zaman permulaan parti Perikatan. Walaupun parti komponen BN diwakili pelbagai kumpulan berbeza, setiap keputusan penting dicapai dengan persetujuan ramai, bagi membuahkan hasil yang terbaik untuk Negara.

Setiap kumpulan berhak bersuara, namun matlamat muktamad ialah kepentingan Negara tetap terpelihara.

Sistem perkongsian kuasa ini menuntut kompromi dan juga kefahaman mengenai pengorbanan yang perlu bagi menjamin keselamatan, keamanan serta kemakmuran Negara. Ini memerlukan perkongsian pendapat mengenai Negara, sesuatu yang telah berjaya dicapai sepanjang perkongsian kuasa yang berdekad lamanya. Berapa banyakkah pakatan boleh mengaku mereka benar-benar bersepadu seperti ini?

2. Kerajaan yang terbukti berkesan

Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun Kemerdekaan membuktikan keberkesanan kerajaan pimpinan BN. Dari agenda pertumbuhan ekonomi, hinggalah pembasmian kemiskinan, kerajaan BN telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan.

Dalam masa empat tahun yang lepas, kerajaan BN telah terus berusaha merealisasikan mandat 2004 rakyat yang begitu tinggi harapannya. Keadaan semasa amat mencabar: harga komoditi yang kian meningkat, serangan penyakit SARS, ekonomi sedunia yang tidak menentu, harapan rakyat yang tinggi. Tetapi kerajaan BN tetap tabah, dan hasilnya Negara berjaya menempuh saat-saat genting ini dengan lebih baik berbanding negara-negara lain. Malaysia tetap mengalami pembangunan yang pesat walaupun berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut.

3. Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan

Dunia kini semakin mencabar. Kemungkinan kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat serta ancaman pengganas yang berleluasa telah menimbulkan ketakutan serta pandangan yang pesimis. Pada masa yang sama, Malaysia berada di persimpangan jalan. Negara kita perlu menguasai persaingan global dengan menjana ekonomi pengetahuan (knowledge economy). Rakyat Malaysia perlu maju dari segi sosial serta budaya. Kesemua ini, dan banyak lagi perkara lain, perlu dicapai tanpa mengorbankan keselamatan, keamanan serta kualiti hidup rakyat.

Setelah memimpin Negara menghadapi saat-saat genting, serta pelbaai fasa ekonomi yang beragam, kita sedar kita perlu sentiasa pragmatik dan bertanggungjawab. Kita tidak akan sekali-kali menyuarakan janji kosong atau yang merbahaya seperti yang dilakukan oleh parti-parti lain. Seperti yang telah kita kotakan sebelum ini, kita akan membuat pilihan yang betul, dan kita akan berusaha mempersediakan Negara ini untuk menghadapi masa hadapan.


Pengenalan Barisan Nasional


Barisan Nasional

Barisan Nasional (Inggeris: National Front; singkatan: BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. Ibu pejabat parti gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia.

*Dacing merupakan simbol Barisan Nasional*

Monday, August 24, 2009

Pengenalan UMNO


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi : ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO) adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak Merdeka lagi. Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam tulen, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir.

Lagu UMNO

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Bendera rasmi UMNO atau lebih dikenali dengan

"Sang Saka Bangsa"

Blog Widget by LinkWithin